10 Butik pengantin ‘recomended’ sekitar KL yang mampu buat perkahwinan impian anda satu kenyataan

Siapa yang tidak teruja apabila hari bahagia yang dinanti-nantikan selama ini hampir tiba. Sudah pasti raut wajah bakal raja sehari sentiasa dihiasi dengan senyuman manis dan berseri-seri.

Moment akad nikah dengan sekali lafaz, majlis resepsi yang gemilang serta sesi fotografi menjadi impian setiap bakal pengantin. Jadi, adalah penting untuk bakal pengantin melakukan perancangan yang rapi dan persiapan awal sekurang-kurangnya enam bulan sebelum supaya majlis kedua-dua belah pihak berjalan lancar.


Ini bagi memastikan anda dan pasangan tidak kelam kabut dan tertinggal perkara penting sepanjang majlis berlangsung. Bagi pengantin yang masih tercari-cari ilham, kami senaraikan 15 butik pengantin Kuala Lumpur yang popular dan menarik di bawah.

1. Dintan Wedding Planner


Butik ini mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun serta menawarkan pakej perkahwinan bermula dari RM14,000 bagi pakej lengkap budget dan RM17,900 bagi pakej lengkap eksklusif.


Bakal pengantin yang memilih pakej perkahwinan yang lengkap akan mendapat kelengkapan seperti kerusi meja dewan ekslusif, kanopi ekslusif, katering untuk 1000 pax, menu makan beradab, teh, andaman, pelamin & dekorasi eksklusif, sepasang busana sanding, makeup, fotografi untuk majlis sanding, pa system & dj, pelayan beruniform, event coordinator dan dekorasi ekslusif.

Tel: 019-294 4499
Facebook: dintan wedding
Alamat: Kompleks Amaniah, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves (town)

2. Adam & Hawa Bridal


Ditubuhkan pada 1 Mei 2013, butik ini menyediaan busana pengantin serta servis solekan yang professional. Lihat saja di fb page kini sudah mempunyai 41 ribu pengikut. Pakej yang ditawarkan oleh Adam & Hawa Bridal hanya berkisarkan busana pengantin, solekan dan juga pelamin.

Dengan bermodalkan RM1,300 sahaja anda bakal mendapat 1 kali make up, aksesori pengantin perempuan, mini pelamin dan bunga tangan percuma serta 2 bantal nikah. Bagi yang mempunyai bajet lebih anda boleh mencuba Pakej Eksklusif yang berbajetkan hanya RM7,000.

Tel: Ery (017-2382747/017-3759690) atau Iman (017-7181218)
Facebook: Adam Hawa Bridal
Alamat: 5-1, Ampang Waterfront 3, Ampang, Kuala Lumpur

3. Seri Mempelai Wedding and Catering


Seri Mempelai Wedding and Catering sudah tidak asing lagi dalam dunia pakej perkahwinan. Butik ini diusahakan sejak tahun 2003 dan diikuti lebih dari 145 ribu pengikut di dunia maya menjadikannya popular dikalangan bakal pengantin.

Pakej-pakej yang disediakan oleh butik ini sememangnya berpatutan. Dengan bermodalkan RM11,800 bakal pengantin boleh memiliki pakej lengkap seperti catering, busana L/P, solekan, pelamin, fotografi serta pramusaji.


Tel: 012-2632619 – Lynna

Website: smempelai.com
Facebook: smempelai
Alamat: No. 6-1, Jalan Putra Mahkota 7/5A, Putra Point Business Centre, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor

4. MK Bridal


Sebut saja tema busana pengantin yang bagaimana anda impikan, semuanya akan diuruskan oleh MK Bridal. Namun harus diingatkan bahawa proses menyiapkan tempahan busana mengambil masa sekurang-kurangnya 4 bulan.

Jadi untuk anda yang inginkan busana pengantin yang lain dari yang lain serta eksklusif sila buat tempahan awal. Harga bagi busana yang custom made mengikut citarasa bakal pengantin adalah bermula RM1,200. Tapi bagi bakal pengantin yang kesuntukan masa, MK Bridal juga turut menyediakan busana yang ready to wear bersaiz S sehingga XXXL pada harga bawah RM2,000.

Tel: 018-984 4892.
Facebook: mkbajupengantin
Alamat: No 20-2, Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

5. Nana Bridal Kuala Lumpur


Menghasilkan wedding dress idaman raja sehari dengan sentuhan magis & tatarias pengantin serta deco yang menepati citarasa mengikut bajet pelanggan adalah kepakaran Nana Bridal Kuala Lumpur.

Diikuti lebih dari 16.4 ribu pengikut di insta @nanabridal_kualalumpur dan lebih 4.2 ribu pengikut di fb memberikan satu kelebihan kepada Nana Bridal.

Pakej perkahwinan yang serba lengkap yang ditawarkan merangkumi tempahan atau sewaan busana pengantin yang berbagai tema, gubahan hantaran, make up artis yang professional, doorgift majlis, pelamin, sesi photografi samada indoor ataupun outdoor dan banyak lagi.

Facebook: nanabridalkualalumpur
Alamat: 1-12 PV128, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur

6. Istana Puteh


Berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri perkahwinan. Butik ini menyediakan lebih dari 100 pilihan busana pengantin yang cukup mewah dan lebih dari 20 tempat untuk majlis raja sehari, menjadikan Istana Puteh antara wedding planner yang cukup popular dan gah di Kuala Lumpur.

Lihat sahaja Facebook page Istana Puteh, anda akan disajikan dengan gambar majlis yang cukup ekskusif yang pernah diuruskan.

Maka tidak hairanlah mengapa instagram mereka diikuti lebih dari 14 ribu lebih pengikut. Antara pakej perkahwinan dan servis yang ditawarkan adalah dewan majlis, katering, pelamin, make up serta sesi fotografi. Bagi bakal pengantin yang mempunyai bajet yang besar dan impikan majlis yang mewah, Istana Puteh akan merealisasikan impian anda dengan menyediakan majlis resepsi anda di ballroom hotel.

Tel: 019-2151056
Facebook: Istana Puteh
Instagram: @istanaputeh
Alamat: 66-2, Wisma Alam Damai 1, Jalan Alam Damai,56000 Cheras, Kuala Lumpur

7. Epul Sinitravision

Jika dilihat secara menyeluruh konsep perkahwinan yang menjadi kepakaran pemilik butik Epul Sinitravision ini, bakal pengantin akan didedahkan dengan konsep dan rekaan yang tertumpu kepada gabungan elemen eksotik, unik bersama dengan konsep tradisional ataupun moden kontemporari.

Menyediakan perkhidmatan wedding planner di dalam dewan bermula dengan harga serendah RM3,000, bakal pengantin akan memperoleh servis daripada segi dekorasi pelamin, solekan dan andaman pengantin serta busana rekaan eksklusif buat pengantin lelaki dan perempuan.

Pastinya bakal pelanggan akan berpuas hati dengan hasil kerja daripada pereka yang terkenal dengan kreativitinya bermain dengan warna-warna terang dalam penghasilan rekaan pelamin yang indah.

Instagram: @epul_senitravision
Facebook: senitrawedding
Hubungi: 019-338 7117 / 019-274 9440
Alamat: No 65 – 1, Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10am – 9 pm)

8. Zaifie Zainal Creation KL


Bermula pada tahun 2001 dengan hanya menerima tempahan gubahan hantaran, Zaifie Zainal Creation mula meluaskan empayar perniagaannya sebagai perunding perkahwinan profesional 3 tahun selepas itu.

Atas dasar minat yang mendalam dan bakat semulajadi pemilik terhadap kraftangan perkahwinan, mereka mula mengorak langkah dengan membuka sebuah butik yang menawarkan pakej lengkap perkahwinan yang sempurna di bawah satu bumbung.

Antara perkhidmatan yang disediakan Butik Pengantin Zaifie Zainal Creation ialah Andaman dan Make Up, fotografi, persalinan pengantin, kad kahwin dan hiasan bilik pengantin.

Hasil tangan mereka begitu sinonim dalam kalangan media massa dan elektronik kerana sering menjadi pilihan dan rujukan untuk dipaparkan di dalam slot perkahwinan majalah-majalah dan laman web terkenal. Populariti mereka juga mula melonjak naik apabila pernah bersiaran bersama rancangan Wanita Hari Ini di TV3. Jadikan Zaifie Zainal Creation sebagai pilihan anda!

Instagram: @zaifiezainalcreationkl
Facebook: zaifiezainalkl
Hubungi: 019-293 9023 & 016-263 0158

9. Rins Suzana


Butik Pengantin KL Rins Suzana yang telah beroperasi sejak tahun 2004 telah lama menempa nama di dalam bidang perunding perkahwinan profesional.

Jadi tidak hairanlah butik pengantin ini sentiasa menjadi pilihan terutamanya bakal pengantin di sekitar Lembah Klang. Mempunyai koleksi busana pengantin yang tertumpu kepada tema tradisional, elemen busana songket dengan gabungan moden kontemporari menjadi koleksi utama butik ini.

Butik ini menawarkan Pakej Dewan yang lengkap merangkumi aspek seperti busana pernikahan dan persandingan pengantin, dekorasi pelamin dan aksesori tambahan lain yang boleh didapati bermula dengan harga RM2,666 hinggalah kepada RM7,000 bergantung kepada bajet pengantin. Jangan bimbang, harga yang ditawarkan sentiasa boleh dirunding dan sangat berbaloi berdasarkan kualiti yang mereka pamerkan.

Instagram: @rinssuzana
Facebook: Rinssuzana
Hubungi: 03-41471980 (butik) 017-6884486 (whatsapp)
Alamat: No 8B Persiaran Permata, Taman Permata, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa- Ahad

10. Butik Pengantin Kusha Weddings & Events

Butik Pengantin Kusha Weddings & Events ini adalah cawangan kepada Kusha Couture (syarikat reka bentuk fesyen yang ditubuhkan pada tahun 2006).

Butik yang cukup terkenal ini dimiliki sepenuhnya oleh Sh Kusha. Beliau merupakan seorang Pereka Fesyen yang mendapat kelulusan dari International Fashion Traning Centre (“IFTC”).

Butik ini menawarkan konsep “All in One Wedding Package” yang berharga RM28.90 per pax yang merangkumi perkhidmatan katering, meja dan kerusi (berbalut dengan reben), pelamin dewan yang eksklusif iaitu dihiasi dengan karpet penuh serta backdrop yang tinggi), walkaway deco, entrance deco, meja makan beradab, photographer, DJ atau MC serta banyak lagi.
T

el: 012-207 6206
Facebook: Kusha Weddings
Instagram: @kusha_weddings
Alamat: 52- G, Jalan Danau Lumayan 1, Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Bandar Tun Razak, Batu 9 Cheras, 56000 Kuala Lumpur

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top