10 Barang Daiso yang wajib si isteri beli untuk mudahkan kerja

Kalau sudah berada dalam golongan wanita, pasti mereka tidak keruan melihat kedai serbaneka DAISO. 

Apa yang menariknya dalam kedai itu sehingga ramai wanita akan keluar berborong membeli barangan di situ? Kalau kamu mahu tahu, DAISO ini adalah sebuah kedai serbaneka yang dibuka di Jepun.

Kedai ini menjual beberapa barangan seperti perhiasan rumah, barangan peribadi, alat permainan dan juga perkakas dapur!

Kebanyakkan barang dijual dengan harga RM 5.90 sahaja, murah bukan?

Bukan sahaja murah, kamu juga boleh dapatkan pelbagai jenis barangan yang tidak ada di Malaysia.

Bagi wanita yang gemar memasak, penulis akan senaraikan beberapa barangan yang berguna untuk dipakai di dapur.

#1 Oily Grime Cleaner

Selepas memasak, situasi ini akan menjadi sedikit rumit untuk golongan wanita. Mana tidaknya, mereka perlu menggosok dan lap dinding dan dapur memasak yang terkena dengan lebihan minyak atau percikan masakan.

Tetapi hanya menggunakan Oily Grime Cleaner, para wanita boleh lap dalam hanya sekali sahaja, dapur memasak dan dinding boleh bersih seperti sebelum kamu memasak.

#2 Cooking Oil Hardener

Bagaimana kamu selesaikan hal berkaitan dengan lebihan minyak masak? Adakah buang ke dalam sinki? Jika buang dalam sinki, minyak tersebut boleh membuatkan saluran tersumbat.

Di DAISO kamu boleh membeli Cooking Oil Hardner ini dan campurkan produk ini dalam lebihan minyak masak sehingga ia menjadi keras. Kemudian, kamu boleh letak dalam plastik dan buang ke dalam tong sampah.

#3 Oil-Absorbing Cooking Paper

Selain menggunakan tisu atau kertas untuk melapik makanan yang bergoreng, kamu boleh gantikan dengan Oil-Absorbing Cooking Paper ini. Jika kamu menggunakan tisu atau kertas biasa, ia akan mempercepatkan makanan kamu menjadi lembik.

Jadi gantikan ia kepada kertas ini kerana fungsinya adalah untuk mengekalkan kerangupan makanan kamu dalam jangka masa panjang seperti baru memasak.

#4 Kitchen & Egg Timer

Bagi sesetengah wanita, kitchen dan egg timer ini sangat berguna untuk mereka. Bukan apa, kadang kala mereka menjadi ralik kerana fokus membuat kerja yang lain sambil menunggu masakan, baking atau telur yang direbus masak.

Dengan hanya set timer ini sahaja ketika memasak, pasti kamu akan sedar masakan kamu telah siap dimasak tanpa ianya menjadi terlalu overcooked atau tidak menjadi.

#5 Microwavable Lid

Kalau cakap berkenaan microwave, macam-macam kegunaan dan sangat mudah untuk para wanita. Tetapi ketika kamu memasukkan makanan dalam microwave, adakah kamu tutup makanan tersebut?

Jika tidak, kamu boleh gunakan mircowavable lid ini untuk menutup makanan kamu dan menghalangnya daripada terpercik ke seluruh microwave ketika dipanaskan.

#6 Kitchen Oil Jug

Perasan atau tidak ketika menuang minyak secara terus dari botol atau plastik, ia akan meleleh tumpah?

DAISO boleh selesaikan masalah itu. Kamu cuma perlu menggunakan Kitchen Oil Jug ini sahaja untuk menuang minyak ke dalam kuali atau mana-mana sahaja. Selain memudahkan ia juga mengelakkan minyak daripada tumpah di kawasan memasak kamu.

#7 Apple & Mango Cutter

Untuk wanita yang tidak mahu buang masa mengupas epal dan mangga, kamu boleh jimatkan masa dan tidak perlu gunakan pisau.

Menggunakan cutter epal dan mangga ini, letak sahaja di atas buah tersebut dan tekan sahaja. Epal dan mangga kamu siap dipotong dan sedia untuk dimakan.

#8 Garlic Peeler

Rasa buang masa apabila perlu kupas satu per satu kulit bawang putih sebelum memasak. Tetapi untuk menjimatkan masa kamu dan mengupas kulit bawang putih dalam kuantiti yang banyak, kamu hanya perlu beli garlic peeler ini.

Hanya masukkan beberapa ulas bawang putih dalam kuantiti yang kamu mahu, letakkan dalam lubang peeler ini dan golekkan sahaja. Kamu akan melihat kulit bawang putih kamu siap terkupas.

#9 Silica Gel Food Desiccant

Nampak cantik sangat apabila simpan makanan seperti spaghetti atau makaroni dalam bekas kaca. Tetapi kamu tahu atau tidak makanan yang simpan dalam bekas kaca kadang-kadang tidak tahan, tidak segar dan cepat masuk angin?

Selain untuk nampak cantik dalam bekas kaca, penting untuk setiap makanan itu kekal segar sebelum digunakan. Dengan hanya letakkan Silica Gel Food Desiccant, kamu boleh kekalkan kesegaran dan ketahanan makanan kamu walaupun letak dalam bekas kaca atau mana-mana bekas sekalipun.

#10 Silicone Oil Bottle & Brush

Kalau kamu lihat ibu-ibu dahulu, mereka hanya menggunakan serai atau berus untuk menyapu minyak pada kuali.

Kini tidak perlu lagi menggunakan barang-barang seperti itu kerana kamu boleh memudahkan kerja dengan hanya guna Silicone Oil Bottle & Brush.

Untuk pengetahuan kamu, barangan ini juga tahan panas.Sangat memudahkan dan menjimatkan wang! Kalau kamu ke DAISO jangan lupa beli barangan ini untuk kegunaan di dapur.

Happy shopping!

Fadhilah
Author: Fadhilah

Leave a Reply

Scroll to Top